Wednesday 27 September 2023

FAQ Rental Car @ Kereta Sewa


Tentang kami | About us:

Kereta Sewa Keramat AU3 (KSKAU3) ialah penyedia perkhidmatan sewa kereta berkualiti tinggi yang dipercayai. Sejak 2010, kami telah berdedikasi untuk menawarkan kenderaan yang boleh dipercayai untuk disewa kepada penduduk tempatan dan pelawat antarabangsa.


Di KSKAU3, kami berbangga kerana menyediakan kereta baharu, perkhidmatan terbaik dan pengalaman penyewaan yang lancar. Komitmen kami terhadap kepuasan pelanggan membezakan kami daripada persaingan. Kami memahami bahawa menyewa kereta adalah lebih daripada sekadar pengangkutan; ia mengenai kemudahan dan ketenangan fikiran. Itulah sebabnya kami memastikan kenderaan kami diselenggara dengan baik, selesa dan bergaya.


Ulasan dan Testimoni Pelanggan:

Soalan: Bolehkah anda memberikan sebarang ulasan atau testimoni pelanggan untuk perkhidmatan sewa anda?

Jawapan: Sudah tentu, kami mempunyai ulasan pelanggan yang positif di peta google https://goo.gl/maps/vKbUNVJkj8EdqrreA


Pemilihan Kenderaan:

Soalan: Apakah jenis kereta yang anda tawarkan untuk disewa?

Jawapan: Kami mempunyai pelbagai pilihan kenderaan yang tersedia, termasuk kereta kompak, sedan, SUV dan model mewah. Kami juga menyediakan sewa van & bas. Anda boleh memilih yang paling sesuai dengan keperluan dan keutamaan anda.


Kadar Sewa dan Pakej:

Soalan: Apakah kadar sewa untuk kereta yang saya minati, dan apakah pakej tersebut?

Jawapan: Kadar sewa kami berbeza-beza berdasarkan tempoh penyewaan dan model kereta tertentu yang anda pilih. Pakej ini termasuk perlindungan asas insurans pihak ketiga dan bantuan tepi jalan 24/7.


Yuran dan Deposit Tambahan:

Soalan: Adakah terdapat sebarang bayaran tambahan atau deposit yang diperlukan semasa menyewa kereta?

Jawapan: Kami mungkin memerlukan deposit keselamatan untuk menampung sebarang kemungkinan kerosakan semasa tempoh penyewaan. Bayaran tambahan mungkin dikenakan untuk perkhidmatan pilihan seperti penyewaan GPS, tempat duduk kanak-kanak atau pemandu tambahan.


Bantuan dan Sokongan Tepi Jalan:

Soalan: Adakah anda menawarkan bantuan di tepi jalan sekiranya berlaku sebarang isu semasa tempoh penyewaan?

Jawapan: Ya, kami menyediakan bantuan tepi jalan 24/7 untuk membantu anda sekiranya berlaku kecemasan atau kerosakan semasa tempoh sewaan anda.


Penyelenggaraan dan Keselamatan:

Soalan: Bagaimanakah anda memastikan kereta sewa diselenggara dengan baik dan selamat untuk disewa?

Jawapan: Kami menjalankan penyelenggaraan dan pemeriksaan berkala untuk memastikan semua kereta sewa kami dalam keadaan baik dan memenuhi piawaian keselamatan.



Jumpa kami di sini:


Google Kereta Sewa Keramat AU3

https://goo.gl/maps/vKbUNVJkj8EdqrreA


Friday 9 December 2022

LONG HOLIDAY FOR END 2022

 

CUTI HUJUNG TAHUN
 
 
Anda dah ada rancangan bercuti hujung tahun 2022 ni?
 
Bercuti dengan keluarga.
 
Bercuti dengan kawan-kawan.
 
Atau solo trip.
 
 
Cuti-cuti Malaysia lebih mudah dan selesa dengan kenderaan yang sesuai dengan kapasiti penumpang dan lokasi.
 
 
Kami menyediakan kereta kompak, MPV dan juga 4WD.
 
 
NEED A RIDE?
 
whatsapp kami dgn menekan 'link' di bawah
 
 
*gambar-gambar adalah pelanggan setia kami
 






 

Wednesday 9 November 2022

Mahu Kereta Kelihatan Berkilat? Ini Tips Cara Membasuh Kereta Yang Betul

 


Mahu Kereta Kelihatan Berkilat? Ini Tips Cara Membasuh Kereta Yang Betul
 
 
 
Bagi yang memiliki kenderaan empat roda pastinya korang berasa stress dan tidak keruan apabila kenderaan terlihat kotor biarpun baru sahaja mencuci beberapa hari yang lalu, betul tak?
 
Secara umumnya, kita tahu bahawa kenderaan perlu dicuci seminggu atau 2 minggu sekali apatah lagi kalau kita baru sahaja membeli kenderaan pasti mahu terlihat bersih dan berkilat. Tapi korang tahu tak cara mencuci yang betul jika mahu kelihatan berkilat seperti dihantar ke car wash?
 
Kalau nak tahu, mari ikut kami untuk mengetahui tips mencuci kereta yang betul.
 
 
#1 PEMILIHAN SABUN
 
Pemilihan sabun amat penting bagi yang mencuci kereta secara manual kerana terdapat beberapa jenis sabun yang tidak disarankan untuk digunakan.
Korang boleh mengunakan sabun yang lain tetapi bukan sabun cuci pinggan kerana ia mempunyai sifat menghakis yang sangat kuat hingga boleh menyebabkan warna cat kereta lebih cepat pudar.
Untuk memudahkan kerja membasuh, korang boleh mula membasuh kereta dari pane atas hingga ke bawah.
Siram dahulu kereta korang sebelum memulakan basuhan dengan sabun
 
 
#2 GUNA KAIN / SPAN
 
Korang boleh gunakan kain atau span mikrofiber untuk mencuci kereta kesayangan.
Mula-mula, gosok secara lembut kain yang dicelup dengan sabun di bahagian bumbung, depan, belakang, cermin dan sisi kereta.
Dengan menggunakan kain mikrofiber lebih banyak kelebihannya seperti menghasilkan cas negatif apabila digosok pada kereta selain memudahkan kotoran degil untuk tanggal dengan mudah
 
 
#3 BALDI
 
Untuk membasuh kereta, korang boleh gunakan 2 baldi bagi memudahkan kerja mencuci.
1 baldi digunakan untuk sabun, manakala 1 baldi lagi mengandungi air yang digunakan untuk membilas kain atau span yang digunakan untuk menyental kotoran.
 
 
#4 BILAS
 
Bilas dahulu kereta korang sebelum mula membersihkan bahagian rim dan tayar.
korang perlu ingat bahawa air sabun yang berada di badan kereta perlu dibilas secepat mungkin bagi mengelakkan kesan kotoran melekat semula pada kereta.
 
 
#5 GUNA BERUS TAYAR
 
Untuk membersihkan rim dan juga tayar, korang boleh gunakan berus tayar.
Gosokkan sekali pada bahagian dalam rim yang biasanya ada kesan hitam disebabkan disk brake.
Elakkan guna bahan kimia berwarna merah yang biasa digunakan untuk membersihkan enjin kereta kerana ia boleh menyebabkan rim cepat pudar
 
 
#6 PROSES PENGERINGAN
 
Proses ini, korang boleh basahkan sedikit kain mikrofiber kedua sebelum mula lap kereta.
Korang juga boleh gunakan kain mikrofiber ketiga yang kering untuk lap bahagian yang hampir kering.
Ini adalah kaedah lap basah dan lap kering
 
 
#7 LAP DENGAN TELITI
 
Korang jangan lupa untuk lap juga bahagian celah pintu dan panel kereta.
Gunakan kain mikrofiber kering untuk mengeringkan kawasan tersebut.
Untuk cermin pula korang dinasihatkan untuk guna kain baru dan gunakan cecair pencuci cermin yang khusus.
 
 
#8 VAKUM
 
Selepas selesai mencuci dan membersihkan kereta di bahagian luar, jangan lupa juga membersihkan bahagian dalam kereta tau!
Gunakan vakum untuk menyedut segala kotoran di bahagian kusyen , tempat letak kaki dan papan pemuka. 
 
 
Sekarang ini cuba lihat hasilnya, kereta korang sudah terlihat berkilat dan juga bersih, bukan? Tak sia-sia korang belajar tips yang kami kongsikan di sini kerana hasilnya sudah kelihatan, betul tak? Tunggu apa lagi jom mula cuci kereta korang tu hari ni!
 
 
 
PERLUKAN KERETA BARU & BERSIH SEGERA?
 
HUBUNGI KAMI

Friday 14 October 2022

#ApaNakBuat: Lakukan 10 Tip Ini Jika Kereta Tiba-Tiba 'Breakdown'!

 


 


SEDANG seronok memandu dan menyanyi mengikut alunan lagu penyanyi kegemaran di radio, hidung terhidu bau hangit memasuki ruang kabin. Lebih panik, kelajuan kereta pula mula perlahan secara drastik dan akhirnya berhenti begitu saja. Kereta tiba-tiba 'breakdown'!

 

Sekarang, tarik nafas. Bawa bertenang, kami akan beritahu 10 tip yang perlu anda lakukan jika kereta tiba-tiba rosak ketika memandu:

1.        JAGA PENYENGGARAAN KERETA

Ini bukan apa yang anda perlu buat ketika kereta sudah rosak. Ini cuma nasihat awal, iaitu tolong pastikan kereta anda disenggara berkala mengikut jadual dan tempoh servis ditetapkan. Walaupun sudah diservis, sebelum bergerak (terutama perjalanan jauh), sila pastikan penyejuk (coolant) dan bendalir pencuci (washer) mencukupi atau tambah apabila kurang. Mana tahu ada kebocoran.

 

Isian minyak enjin pula mesti berada pada paras maksimum, manakala kondisi tayar perlu selamat dengan mengepam angin pada tekanan ideal.

 

2. PAKAI JAKET KESELAMATAN

 

Seeloknya anda menyimpan jaket keselamatan dengan reflektor, termasuk baju hujan dalam kereta. Dua benda ini bukanlah berharga mahal, tetapi sangat berguna apabila berlaku kecemasan.

 

3. CAS TELEFON BIMBIT

 

Telefon bimbit yang dicas penuh amat bermakna kerana anda boleh membuat panggilan kecemasan dengan memberitahu seseorang mengenai lokasi terkini anda.

 

1.        NYALAKAN LAMPU AMARAN BAHAYA

2.        TOLAK KERETA JIKA MAMPU

6. BERHENTI DEKAT TELEFON KECEMASAN

 

Di lebuh raya, jika anda rasa kereta anda memberikan tanda-tanda awal akan mula rosak dan berhenti bila-bila masa, segera cari dan berhenti berhampiran telefon kecemasan (berwarna oren).

 

7. KELUAR IKUT PINTU KIRI

 

Jika anda pemandu, sila keluar dari kereta anda menerusi pintu penumpang depan, atau sebelah kiri. Ini kerana laluan kanan terdedah kepada risiko dilanggar dari belakang. Cuba berdiri jauh dari kereta bagi mengelak sebarang kemungkinan buruk

8. DUDUK DALAM KERETA

 

Jika rasa terancam, terutama jika kereta rosak di kawasan pedalaman, atau hutan, atau jalan raya yang kurang pengguna jalan raya, anda boleh duduk sahaja di dalam kereta dan kuncikan pintu. Jangan lupa dail 999 untuk minta bantuan.

 

9. PASANG PEMANTUL SEGITIGA

 

 

Buka but kereta dan cari segitiga amaran. Pasangkan pada jarak 20-30 meter dari jarak kereta anda, ataupun bersamaan jarak 5 buah kereta. Ini ialah langkah awal mencegah kereta anda dirempuh dari belakang.

 

10. TELEFON TRAK TUNDA

 

Tahukah anda, ada dua pihak yang menawarkan khidmat tunda percuma jika kereta anda rosak? Pertama, pihak pengeluar, tetapi tundaan percuma itu terhad ke mana-mana pusat servis terdekat. Kedua, syarikat insurans. Cara ini lebih fleksibel kerana anda diberikan khidmat tunda percuma dalam jarak 60km atau lebih (berbeza mengikut polisi) dan boleh memilih sama ada menghantar ke pusat servis yang menjadi panel syarikat insurans atau bengkel pilihan sendiri.

 

Jadi, tidak perlu tergesa-gesa apabila dihurung abang-abang kereta tunda yang mendesak anda supaya segera menunda kereta. Bawa bertenang!

 

 

Harap tips di atas dpt membantu anda supaya lebih tenang apabila menghadapi situasi ini.

 

Perlukan kereta sementara kereta anda dibaiki di bengkel, hubungi kami.

 

http://biarbetulkeretasewa.wasap.my

 

#keretasewamurah #keretasewakl #keretasewakualalumpur #keretasewaselangor #keretasewaampang #keretasewakeramat #keretasewawangsamaju #keretasewasetiawangsa #keretasewacheras #keretasewapuchong #keretasewagombak  #sewa4x4 #sewahilux #sewapickup #sewamyvi #sewaaxia #sewakeretamingguan #keretasewabulanan #keretasewaharian  #carrental2022 #carrentalkl #klcarrental #tipskereta

 

 

Sumber: https://pandulaju.com.my/apanakbuat-kereta-tiba-tiba-breakdown-ikuti-tip-ini-untuk-kekal-selamat/

Thursday 11 August 2022

#insurans : kereta TOTAL LOST? apa perlu anda tahu.


 

"video tiktok viral kereta alza 2022 total lost"
 
 
 
Bila isu insurans kenderaan ni. Ada banyak istilah yang kita kena ambil tahu. Antaranya adalah Total Loss
Mesti ramai yang pernah dengar Total Loss. Total Loss adalah merujuk kepada kerosakkan penuh pada kenderaan. Tapi bila bab insurans apa situasi yang boleh dianggap total loss tu?
 
Ada dua situasi yang menyebabkan total loss :
1. Kenderaan dicuri
2. Kenderaan terlibat dalam kemalangan. Mengalami kerosakkan sampai tak boleh digunakan lagi.
 
Apa yang selalu orang risaukan bila berlakunya situasi kedua. Sebab nak baiki mesti mustahil. Melainkan beli kereta baru kan. Jadi artikel ni akan cerita tentang total loss bagi situasi yang kedua.
 
 
BILA KERETA DIANGGAP TOTAL LOSS?
 
 
Bila kos membaiki melebihi nilai Actual Cash Value (ACV) semasa kenderaan tersebut. Setiap negeri nilai untuk kerugian total loss berbeza dan kaedah menentukan total loss setiap negeri juga berbeza.
 
 
KAEDAH TENTUKAN TOTAL LOSS:
 
👉 Total Loss Formula (TLF) : negeri yang menggunakan kaedah ni anggap total loss bila kos baiki melebihi ACV
👉Total Loss Threshold (TLT) : negeri guna kaedah ni pula anggap total loss bila kerosakan pada kenderaan lebih besar daripada peratusan yang ditentukan berdasarkan nilai yang dinggap sesuai untuk kenderaan tersebut
 
 
APA JADI BILA ISYTIHAR TOTAL LOSS?
 
Kalau anda bersetuju bila kereta anda dianggap total loss, anda boleh pilih nak simpan atau serah kepada syarikat insurans.
 
Jika pilih untuk simpan, syarikat insurans akan beri bayaran lebih rendah. Tetapi jika anda yakin kereta tak total loss, boleh minta pelaras nilai semula kereta berdasarkan bukti. Kalau masih tak puas hati boleh guna khidmat peguam.
 
Jadi bila kereta anda diisytihar total loss nilai sebenar kereta akan dinilai dahulu. Kemudian ACV dan faktor lain turut akan dinilai. Bila dah selesai baru pihak insurans akan bagi nilai harga yang akan dibayar kepada anda. Setelah bersetuju baru dibayar dengan segera.
 
 
NEED A RIDE?
 
 
 
Klik link whatsapp di bawah
 
 

FAQ Rental Car @ Kereta Sewa

Tentang kami | About us: Kereta Sewa Keramat AU3 (KSKAU3) ialah penyedia perkhidmatan sewa kereta berkualiti tinggi yang dipercayai. Sejak 2...